Sunday, January 30, 2011

Mana satu betul ni????

KEPUTUSAN RAE SIRI 4-2010 BELUM LAGI KELUAR

MAKLUMAN PENTING!!!!!
SKMM BELUM LAGI MENGELUARKAN KEPUTUSAN RASMI RAE SIRI 4-2010. ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TELAH MENGELUARKANNYA DAN PIHAK SKMM MEMANDANG SERIUS TENTANG PERKARA INI YANG TELAH MENGELIRUKAN SEMUA PIHAK.
KEPUTUSAN RASMI AKAN DIKELUARKAN SECARA RASMI PADA AWAL FEBRUARI NANTI. SEBARANG KEMUSYHKILAN, SILA HUBUNGI PIHAK SKMM SECARA TERUS DI TALIAN 03-86888000.by Astra kelantan. Boleh rujuk di sini: http://astrapantaitimur.blogspot.com/2011/01/keputusan-rae-siri-4-2010-belum-lagi.html

Read more...

Friday, January 28, 2011

Keputusan RAE 2010-4 telah pun keluar.

Keputusan RAE 2010-4 telah pun dikeluarkan.
Sila ke http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_4.asp

Dimaklumkan bahawa: Website SKMM itu mengalami sedikit masalah trafik yang disebabkan oleh terlalu ramai calon-calon RAE sedang menggunakannya untuk mendapatkan keputusan mereka. Sila terus mencuba dan harap bersabar.

Mana mana rakan yang berjaya di ucapkan tahniah,yang gagal cuba lagi ,insyallah berjaya juga akhirnya.Yang penting kena tingkatkan usaha...by 9w2rio (Abd Rio).

Read more...

Wednesday, January 26, 2011

Seorang Doktor neurologi menemui keajaiban allah.

“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1.. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Read more...

Tuesday, January 18, 2011

SRSP documents on Amateur Radio Service in the band 7.0 MHz to 7.2 MHz and the band 50 MHz to 54 MHz

Pursuant to the above matter, you are cordially invited to attend a
meeting to develop new SRSP documents on Amateur Radio Service in the
band 7.0 MHz to 7.2 MHz and the band 50 MHz to 54 MHz.

The meeting details are as follows:

Date : 27th January 2011 (Thursday)

Time : 9.30 am

Venue : SG02, SKMM Cyberjaya


The proposed agenda for the meeting are:
1) Opening remarks by SKMM
2) Approval of Minutes of 3nd Meeting
3) Discussion on the SRSP
4) AOB

We would appreciate if you can indicate your attendance (or
representative) via email ( mohamad.razif@cmc.gov.my ) to the said
meeting by Tuesday, 25th January 2011, 12 noon.

Read more...

Monday, January 10, 2011

Cara menginstall software Iqso.

Di sertakan cara cara menginstall software Iqso untuk rakan rakan ..

Read more...

Tuesday, January 4, 2011

Cara mencerikan di pagi hari....selamat mencuba

pemikiran yang ceria di pagi hari menjadikan keseluruhan hari kita jadi ceria,..

pemikiran yang ceria menjadikan diri sangat positif dan produktif.

bagaimana mahu bangun dengan ceria setiap hari?

pertamanya , dengan berniat untuk ceria sebelum tidur.

tidur yang dalam keadaan berwudhu’ dan berniat untuk tidur adalah tidur terbaik berbanding dengan tidur yang tidak disengajakan terutamanya jika tidur ketika menonton televisyen.

tidur begitu, tatkala otak sedang memproses apa yang ditonton sebenarnya tidur yang tidak membantu kerehatan tubuh sebaliknya sangat meletihkan dan diri boleh bangun dalam keadaan yang sangat negatif.

fikiran yang negatif pula menjadikan keseluruhan hari dilalui dengan keadaan tak tentu hala dan berserabut. emosi menjadi negatif dan diri langsung tidak produktif.

sekiranya berterusan berkeadaan begini, maka diri akan menjadi tidak bersemangat, negatif dan sel-sel tubuh menua dengan pantas.

keduanya untuk mendapatkan hari yang ceria ialah berniat atau betulkan kembali niat ketika bangun dari tidur.

setelah membaca doa kesyukuran tatkala membuka kembali mata, maka muhasabah apa yang ada dalam hati,. betulkan serta merta sekiranay apa yang ada dalam hati negatif,.. berniat kembali untuk menjadi positif dan ceria.

senyum selebarnya dan bayangkan dalam minda yang anda akan lalui hari itu dengan ceria sekali,..nampakkan dengan jelas dalam minda, yang diri anda sedang tersenyum tatkala mandi, memakai baju, bersarapan, memasuki kereta untuk ke tempat kerja, sepanjang perjalanana ke tempat kerja dan seterusnya sehinggalah habis rutin harian anda,.. bayangkan juga dalam minda anda yang anda sedang tersenyum dan rasakan dalam diri yang and rasa hebat dan ceria ketika berbual dengan pasangan dan anak-anak sebelum ke tempat kerja dan nampakkan juga dengan jelas dalam minda anda, diri anda sedang berbual atau bercakap dengan bos atau rakan sepejabat anda dan bayangkan perasaan anda rasa sangat hebat ketika itu.

hasilnya anda akan jadi sangat hebat,.. yakinlah.

ketiganya, untuk mendapatkan diri yang ceria setiap hari ialah berniat ketika sedang mandi,..nyatakan niat anda pada air dan biarkan air itu merakamkan niat anda pada seluruh tubuh tatkala tubuh disirami air.

air selain minyak zaitun adalah perakam tenaga yang sangat hebat.

semoga hari anda adalah hari yang sentiasa ceria dan hebat.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP