Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA......MAAF DI PINTA


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin , Ikhlas dari hati kecilku..
terkasar kata, terlanjur bahasa.. terguris rasa ... di sepanjang pertemuan, perbualan, perkenalan dan sebagainya.. sekali lagi aku memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..
ucapan ini ditujukan khas untuk rakan2 radio, rakan blog dan juga pengunjung blog ini..

Read more...

EchoLink

Pengenalan Kepada EchoLink

EchoLink adalah satu femomena terbaru yang melanda rakan HAM di Malaysia. Ianya sudah mula digunakan secara meluas di luar negara, bermula dari sekitar tahun 2000 lagi.

EchoLink sebenarnya adalah program yang dicipta menggunakan Voice Over Internet Protocol (VOIP) khas untuk station radio amatur berlesen sah yang dikeluarkan pihak yang ditauliahkan oleh ITU atau ITC. Program ini membolehkan radio station QSO menggunakan internet sebagai perantara, melalui transceiver (handy/rig) yang disambung kepada komputer.

Apa yang lebih menarik, radio station yang tidak membuat penyambungan terus kepada komputer (cnth mobile) juga boleh memancar ke jaluran ini. Jadi, bayangkan anda mobile menggunakan handy sahaja sudah boleh QSO dengan rakan HAM di tempat jauh beratus-ratus kilometer, termasuk luar negeri. Dengan syarat station itu boleh memancar ke gateway yang ada berdekatan.



EchoLink Malaysia

Walaupun belum meluas penggunaannya, namun pengguna dan kemudahan Echolink di Malaysia ini makin pesat berkembang. Banyak gateway telah dibuat untuk kemudahan rakan QSO semasa mobile dan untuk kemudahan rakan yang tiada kemudahan internet. Buat masa sekarang gateway yang aktif beroperasi ialah antaranya di Shah Alam, Sri Manjung, Kuching, Sabah, Perlis dan beberapa tempat di Kelantan.

Jadi, jika anda berada berdekatan dengan gateway, anda boleh mengunakan freq simplex gateway tersebut untuk QSO dengan rakan yang tak mungkin dicapai oleh simplex biasa.

Jika anda ada kemudahan internet, mungkin anda boleh menjadi salah satu gateway yang secara tak langsung dapat memberi kemudahan kepada rakan lain.


-Untuk keterangan lanjut dan senarai gateway terkini di Malaysia sila ke >Malaysia E-linkgroup

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya......


Berpuasa hampir masuk fasa ketiga yakni minggu terakhir berpuasa dan selepas ini semua umat islam akan menyambut hari kemenangan "aidilfitri". Adakah amalan2 yang kita buat semasa bulan ramadhan cukup untuk bulan ramadhan saja. Sebaiknya marilah kita sama2 meneruskan amalan2 yang baik mahupun bukan bulan ramadhan. Kita juga mesti berdoa agar di temukan lagi dengan ramadhan, semuga dipanjangkan umor, murah rezeki dan sihat walafiat. Itu saja drpd saya yang tak seberapa pandai dalam berkata2......dari 9w2rio sekeluarga.

Read more...

10 ciri ciri kita dah tua....



1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk......! ! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas....barumasuk...
3. Dulu, masa tidur mengadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggungsaja...... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand.... sedondon. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia....hiyyyy! !!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang....tunggu dlm kereta je. Kejap- kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan xxxxxxxxxx
9. Dulu, menunggu pun xxxxxxxxxxxx
10. Dulu, isteri xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP