Friday, November 6, 2009

Senarai Repeater di Malaysia

Boleh dimuat turun fail dalam bentuk pdf di link ini :-

Senarai Repeater & Simplex Semenanjung Malaysia

Terima kasih kepada 9W2YON Hasrul Hizam, yang telah mengumpulkan senarai tersebut. Oleh itu, jika terdapat kesilapan atau tambahan sila info kan kepada beliau di alamat email 9w2yon@arkb.org.my .

Boleh dijadikan rujukan terutama bagi yang jauh perjalanan di musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ini.

Thumbnail :


Read more...

SOP Yang Betul....

KUASAI SOP ANDA DENGAN BETUL

Memandangkan terdapat ramai rakan ham yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx dan sebagainya)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx dan sebagainya)

Cheerio ( Bahasa Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar dari frekuensi @ jalur

Salt Mine - bukannya Dot My - untuk bermaksud Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut "Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat dan tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Tango untuk nama tempat Kuala Terengganu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'

Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.
Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita bermobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'.
(Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah @ bertukar Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.
PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP