Friday, May 21, 2010

Komunikasi Kecemasan.

Secara ringkas, komunikasi kecemasan adalah komunikasi yang digunakan ketika komunikasi harian seperti telefon dan pelbagai perkhidmatan radio gagal atau terganggu. Telah terbukti tidak mengira waktu dan tempat komunikasi kecemasan merupakan keperluan yang paling penting semasa kecemasan dan bencana untuk mengelakkan kehilangan nyawa, harta dan untuk mempercepat bantuan serta pemulihannya.

Komunikasi kecemasan boleh ujud dalam pelbagai bentuk. Radio Amatur, telefon bimbit, CB (Citizen Band), FRS (Family Radio Service), digital pager, Jalur VHF Marin dan telefon satelit adalah merupakan diantara yang akan ujud.

Mengapa kita memerlukan Komunikasi Kecemasan?

Setiap individu, keluarga dan organisasi bertanggungjawab untuk mencari atau menyediakan komunikasi alternatif ketika komunikasi yang sedia ada tidak berfungsi. Secara amnya komunikasi mungkin dalam sebuah keluarga, organisasi atau mungkin antara organisasi dan keluarga contohnya.

Bukankah seharusnya syarikat telefon boleh beroperasi dalam keadaan masa kecemasan?

Komunikasi antara agensi kerajaan dan masyarakat umum akan dikendalikan oleh syarikat pembekal umum seperti syarikat telekomunikasi, kelui dan internet. Syarikat telekomunikasi melabur dalam jumlah yang besar untuk peralatan bagi menyediakan perkhidmatan telefon yang cekap, boleh dipercayai dan tahan lama serta ditempatkan dalam bangunan yang selamat. Bekalan kuasa elektrik sokongan oleh generator diesel, bateri sokongan yang berkuasa besar. Pembekal komunikasi selular, kelui dan Internet pada amnya bergantung pada perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

Sistem telekomunikasi ini :-

(a) adalah diukur untuk tujuan perniagaan dan penyelesaian kepada kesesakan pada waktu puncak dalam penggunaan harian, bukan kesesakan pada waktu kecemasan,

(b) biasanya bergantung pada kabel tembaga (Copper Cable) atau optik (Fiber Optik) yang mudah terdedah kepada kerosakan apabila berlaku bencana alam,

(c) kebiasaannya tidak mudah alih dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan. Ini adalah alasan paling umum mengapa keperluan komunikasi awam yang normal tidak memenuhi keperluan semasa kecemasan.

Mengapa radio amatur berjaya untuk Komunikasi Kecemasan ketika sistem lain gagal?

(a) Kerana peralatan radio amatur tidak bergantung pada komunikasi kabel dan kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan umum atau syarikat telekomunikasi, ianya tidak terlibat dengan gangguan seperti sistem telekomunikasi umum yang digunakan pada waktu aman.

(b) Selain daripada tidak bergantung kepada jenama dan model khusus peralatan radio, radio amatur menggunakan jalur frekuensi dan mode yang sama dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Berlaku sebaliknya kepada syarikat-syarikat swasta dan kerajaan, di mana komunikasi hanya terbatas pada setiap entiti, peralatan dan peruntukan lesen yang telah ditetapkan. Operator radio amatur boleh menggunakan beberapa tahap kuasa pemancaran kepada yang lebih tinggi daripada perkhidmatan radio peribadi lain dan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dengan peralatan.

(c) Operator Radio Amatur menggunakan jalur radio yang lebih lebar, masing-masing dengan kekuatan khusus dalam mengatasi halangan (barriers) komunikasi radio. Radio kecil dan mudah alih VHF (Very High Frequency) dan UHF (Ultra High Frequency) dengan banyak pilihan frekuensi untuk berkomunikasi jarak dekat. HF (High Frequency) boleh merentasi halangan seperti gunung, lembah dan di antara pulau-pulau untuk menyediakan liputan yang tidak boleh dijangkau oleh VHF dan UHF.

(d) Operator Radio Amatur menggunakan peralatan mereka secara teratur setiap kali berkomunikasi ini mengesahkan bahawa peralatan mereka berfungsi dan selamat digunakan. Sesetangah peralatan jenis mudah alih dan ada yang dipasang dalam kenderaan. Operator radio amatur cekap mengendali dan tahu kemampuan peralatan mereka.

Emergency Communication Station(e) Operator Radio Amatur akan membantu semasa kecemasan dengan mendirikan stesen mudah alih dilokasi berdekatan kawasan bencana, kemudahan penempatan sementara atau bersama pihak berkuasa dan organisasi sukarelawan. Ada syarikat atau agensi kerajaan mempunyai operator radio amatur dalam jabatan atau syarikat mereka yang menjadi sukarelawan semasa kecemasan.

Read more...

Thursday, May 20, 2010

Coke punya penangan....

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin tu kerana ianya amat mahal

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, mirinda.. Sama je. Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang...ngehehe

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Sape ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Ntah2 cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?

Read more...

Bonus untuk 9w2...

SKMM telah mengeluarkan DRAF berkaitan spektrum terbaru terutama untuk Amateur Radio. Jadi SKMM juga mahu pandangan dari kita berkaitan spektrum terbaru : tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)

Apa lagi... ambil peluang keemasan ini dengan sedikit pengorbanan untuk menghantar maklum balas.. Kalau Bukan Kita... siapa lagi.... ingat ini memang peluang keemasan... so apa tunggu lagi... jangan assume orang lain hantar feedback.. kita semua... kita semua... kita semua... berkorban sikit... demi Radio Amatur di Malaysia... mungkin ada yang tak suka.. bila 9W.. dapat freq ini...
kita kena bersatu... hantar borang ke SKMM... jgn sembang aje kat kedai kopi... hantar..jgn tak hantar... rugi kalau kita tak ambil offer ini.. mungkin anda buat masa kini tiada set HF... mana tahu...esok lusa... ada rezeki.... offer macam ini bukan datang selalu...

Mari kita kongsi dan tanam minat dalam HF 40m nihhh..jadi jangan tunggu lagiii...hantar borang sokongan ke MCMC sekarang..

Borang Sokongan

Read more...

SOKONG 100 UNTUK 40M BAGI 9W2...






















Apa pun orang kata... saya tetap berpendirian tidak berbelah bagi... Saya sokong 100% Draf SKMM membenarkan Lesen Kelas B diperuntukan freq tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)...

Saya merayu kepada 9W???? di seluruh tanahair sama-sama menghantar Borang Maklumat Balas ke SKMM pada atau sebelum 12 tengah hari, Selasa, 6 Julai 2010. Kalau bukan kita siapa lagi... betulkan..? jangan risau semua Borang Maklumat Balas yang di hantar ke SKMM adalah berstatus "SULIT" jangan risau...

Tanda sokongan anda juga, sauadara/i meletakkan Logo ini terbagai tanda sokongan anda pada blog, Facebook dan sebagainya... Ayuh...jangan lepaskan peluang keemasan ini... ayuh my frend... sama-sama menghantar Borang Maklumat Balas ke SKMM

Untuk Ketangan lanjut sila ke > Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010)

Read more...

KOD ETIKA YANG PERLU DI MILIKI OLEH WARGA HAM



BERTIMBANG RASA : Tidak akan menggunakan frekuensi (memancar) untuk menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada orang lain dengan secara sengaja.

SETIA : Akan sentiasa mewujudkan sifat setiakawan, menyumbangkan khidmat bakti kepada rakan dan kelabnya.

PROGRESIF : Akan sentiasa memastikan stesennya (radas dan peralatan) dan juga kaedah pengendalian yang diguna pakai berada dalam keadaan sempurna dan efisyen.

MESRA : Bersedia untuk melakukan transmisi dalam kadar yang sesuai dengan keperluan rakan yang lain, menghulurkan nasihat dan panduan kepada rakan baru, membantu dan memberi kerjasama sesama warga ham; semua ini adalah merupakan semangat warga ham yang sebenar.

MANTAP DAN SEIMBANG : Radio hanyalah satu hobi. Seorang ham yang baik tidak akan membiarkan hobinya menjejaskan tanggungjawab terhadap kerjayanya, rumahtangganya, persekolahannya (bagi warga rakan muda), atau terhadap masyarakatnya. Ia juga harus sedar bahawa ilmu dan kepakarannya mahupun stesennya adalah sentiasa tersedia untuk dilibatkan ke arah khidmat masyarakat atau negaranya.

.......(dipetik dari SOP).........kredit untuk 9M2DA..

Read more...

Wednesday, May 19, 2010

Amateur Radio Satellite



AMSAT is a name for amateur radio satellite organizations worldwide, but in particular the Radio Amateur Satellite Corporation (AMSAT-NA) with headquarters at Silver Spring, Maryland, near Washington DC. AMSAT organizations design, build, arrange launches for, and then operate (command) satellites carrying amateur radio payloads, including the OSCAR series of satellites. Other informally affiliated national organizations exist, such as AMSAT Germany (AMSAT-DL) and AMSAT Japan (JAMSAT).


AMSAT-NA was founded in 1969 in Washington DC to continue the efforts begun by Project OSCAR. Its first project was to coordinate the launch of OSCAR 5, constructed by students at the University of Melbourne. Some design modifications were needed and were made by AMSAT members, and the satellite was successfully launched on January 30, 1970 on a NASA Thor Delta launch vehicle.

AMSAT's next launch was AMSAT-OSCAR 6 (AO-6) on October 15, 1972. AO-6 was AMSAT's first long-life satellite, and was built with participants from Australia and West Germany. Command stations in Australia, Canada, Great Britain, Hungary, Morocco, New Zealand, the United States and West Germany controlled the satellite, contributing greatly to its 4½ years of service. Further launches continued to emphasize international cooperation, with AMSAT-OSCAR 7 (AO-7) launching with a new transponder developed and built by Karl Meinzer and AMSAT Germany (AMSAT-DL). AMSAT Japan (JAMSAT) contributed a transponder to AMSAT-OSCAR 8 (AO-8).

In order to launch its satellites, AMSAT has worked with space agencies and commercial launch contractors to develop new ways to take advantage of unused areas of launch vehicles. In return, AMSAT sometimes can negotiate a reduction or waiver of launch costs. One of the most significant is the Ariane Structure for Auxiliary Payloads (ASAP), developed and manufactured in partnership with the European Space Agency in 1990 for use on its Ariane IV launch vehicle. AMSAT was again able to take advantage of unused space with the launch of AMSAT-OSCAR 40 (AO-40), occupying unused space on an Ariane V.

The IPS (Interpreter for Process Structures) programming language was specifically written for the RCA 1802 AMSAT Phase III satellite.



AMSAT satellites operating frequencies: http://www.amsat.org/amsat-new/satellites/frequencies.php



Downloads:


p/s: For your info, Malaysian Class B Amateur Radio (9W2, 9W6 or 9W8) operator can transmit to amateur satellites

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Mendaftar di QRZ.COM.




Mana mana rakan ham yang belum mendaftarkan di QRZ.com sila lah mendaftar di sini.

Read more...

Sunday, May 16, 2010

Pameran Radio Amatuer di SMK

Read more...

Friday, May 14, 2010

Semak Keputusan Rae

Radio Amateur Examination Results (RAE 2010-1)



The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is pleased to announce the results of the Radio Amateur Examination (RAE) conducted throughout Malaysia on 14 April 2010

To check results online visit http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_1.asp

Read more...

Monday, May 10, 2010

Welcome Dinner di Vietnam

Read more...

Selamat Hari Ibu

~~~~Selamat Hari Ibu~~~~
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Allah berfirman

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)

Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita

Allah berfirman

Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa. Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Jasa ibu semua hanya Allah yang mampu membalasnya ...

Read more...

Sunday, May 9, 2010

Ekspidisi Gunung Arong

Read more...

Monday, May 3, 2010

Khasiat Budu



Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram untuk setiap 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP