Sambutan Maulidur Rasul di Kg Air Merah.
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi’ dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Marilah kita bersama-sama memperingati diri kita akan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan kita jadikan perjuangan tersebut sebagai teladan dan panduan dalam menjalani hidup kita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)
Firman Allah Taala yang bermaksud : Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Ali Imran : ayat 31) . Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali ke alam kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”. Dalam satu hadis yang lain Rasulullah saw menyatakan: “ Barangsiapa yang kasih akan daku, maka ia akan bersamaku di syurga kelak ”

DOA Ya Allah, daku memohon kecintaan-Mu dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu dan amalan yang menyampaikan kecintaanku kepada-Mu. ”
HIKMAH MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Hikmah diadakan hari Sambutan Maulidur Rasul adalah berikut :
Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Peluang dakwah kepada masyarakat
Menyatupadukan umat Islam
Mewujudkan muhabbah dan mengeratkan silaturahim
Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi
Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w.
Menjinakkan generasi muda agar cenderung kepada agama Islam sebagai generasi pelapis.
Penyebaran ilmu dan syiar Islam
Memberikan informasi semasa

0 comments:
Post a Comment