Tuesday, April 27, 2010

Rehat Minda

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untukberkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata : “United Kingdom…”
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…”
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”.Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkanpercakapannya.”Birmingham…” kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat:”Parit…”.pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : “Cancer…”
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn!”

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP