Komunikasi Kecemasan.
Secara ringkas, komunikasi kecemasan adalah komunikasi yang digunakan ketika komunikasi harian seperti telefon dan pelbagai perkhidmatan radio gagal atau terganggu. Telah terbukti tidak mengira waktu dan tempat komunikasi kecemasan merupakan keperluan yang paling penting semasa kecemasan dan bencana untuk mengelakkan kehilangan nyawa, harta dan untuk mempercepat bantuan serta pemulihannya.
Komunikasi kecemasan boleh ujud dalam pelbagai bentuk. Radio Amatur, telefon bimbit, CB (Citizen Band), FRS (Family Radio Service), digital pager, Jalur VHF Marin dan telefon satelit adalah merupakan diantara yang akan ujud.
Mengapa kita memerlukan Komunikasi Kecemasan?
Setiap individu, keluarga dan organisasi bertanggungjawab untuk mencari atau menyediakan komunikasi alternatif ketika komunikasi yang sedia ada tidak berfungsi. Secara amnya komunikasi mungkin dalam sebuah keluarga, organisasi atau mungkin antara organisasi dan keluarga contohnya.
Bukankah seharusnya syarikat telefon boleh beroperasi dalam keadaan masa kecemasan?
Komunikasi antara agensi kerajaan dan masyarakat umum akan dikendalikan oleh syarikat pembekal umum seperti syarikat telekomunikasi, kelui dan internet. Syarikat telekomunikasi melabur dalam jumlah yang besar untuk peralatan bagi menyediakan perkhidmatan telefon yang cekap, boleh dipercayai dan tahan lama serta ditempatkan dalam bangunan yang selamat. Bekalan kuasa elektrik sokongan oleh generator diesel, bateri sokongan yang berkuasa besar. Pembekal komunikasi selular, kelui dan Internet pada amnya bergantung pada perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi.
Sistem telekomunikasi ini :-
(a) adalah diukur untuk tujuan perniagaan dan penyelesaian kepada kesesakan pada waktu puncak dalam penggunaan harian, bukan kesesakan pada waktu kecemasan,
(b) biasanya bergantung pada kabel tembaga (Copper Cable) atau optik (Fiber Optik) yang mudah terdedah kepada kerosakan apabila berlaku bencana alam,
(c) kebiasaannya tidak mudah alih dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan. Ini adalah alasan paling umum mengapa keperluan komunikasi awam yang normal tidak memenuhi keperluan semasa kecemasan.
Mengapa radio amatur berjaya untuk Komunikasi Kecemasan ketika sistem lain gagal?
(a) Kerana peralatan radio amatur tidak bergantung pada komunikasi kabel dan kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan umum atau syarikat telekomunikasi, ianya tidak terlibat dengan gangguan seperti sistem telekomunikasi umum yang digunakan pada waktu aman.
(b) Selain daripada tidak bergantung kepada jenama dan model khusus peralatan radio, radio amatur menggunakan jalur frekuensi dan mode yang sama dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Berlaku sebaliknya kepada syarikat-syarikat swasta dan kerajaan, di mana komunikasi hanya terbatas pada setiap entiti, peralatan dan peruntukan lesen yang telah ditetapkan. Operator radio amatur boleh menggunakan beberapa tahap kuasa pemancaran kepada yang lebih tinggi daripada perkhidmatan radio peribadi lain dan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dengan peralatan.
(c) Operator Radio Amatur menggunakan jalur radio yang lebih lebar, masing-masing dengan kekuatan khusus dalam mengatasi halangan (barriers) komunikasi radio. Radio kecil dan mudah alih VHF (Very High Frequency) dan UHF (Ultra High Frequency) dengan banyak pilihan frekuensi untuk berkomunikasi jarak dekat. HF (High Frequency) boleh merentasi halangan seperti gunung, lembah dan di antara pulau-pulau untuk menyediakan liputan yang tidak boleh dijangkau oleh VHF dan UHF.
(d) Operator Radio Amatur menggunakan peralatan mereka secara teratur setiap kali berkomunikasi ini mengesahkan bahawa peralatan mereka berfungsi dan selamat digunakan. Sesetangah peralatan jenis mudah alih dan ada yang dipasang dalam kenderaan. Operator radio amatur cekap mengendali dan tahu kemampuan peralatan mereka.
(e) Operator Radio Amatur akan membantu semasa kecemasan dengan mendirikan stesen mudah alih dilokasi berdekatan kawasan bencana, kemudahan penempatan sementara atau bersama pihak berkuasa dan organisasi sukarelawan. Ada syarikat atau agensi kerajaan mempunyai operator radio amatur dalam jabatan atau syarikat mereka yang menjadi sukarelawan semasa kecemasan.
0 comments:
Post a Comment