Merawat Batu Hempedu..
Merawat Batu Karang Hempedu Alternatif – Testimonial
gambar ehsan dari blog info kesihatan alternatif |
Semasa saya mengandungkan Ali saya disahkan ada batu karang dalam hempedu. Masa kena saya dah 8 bulan mengandung, lepas check up di hukm, tiba-tiba saya muntah teruk, saya fikir gastrik dan sampai kena masuk emergency wad. Oh ya, simptom sakit hempedu ni ’sebiji sejibon’ macam gastrik,
Sakit dada mencucuk-cucuk, loya, perut kembong muntah, menggigil, sakit belakang, lemah dan akhir kalau tak rawat boleh jadi penyakit lain seperti pankreatitis, hepatitis, jaundis dan Inalillah…
Masa di wad Doktor suruh scan/ultrasound hempedu, bila dah scan nampak dalam hempedu saya ada batu karang. ada dua ke tiga biji yang saiznya agak besar dan yang lain halus macam pasir.
Doktor cakap batu karang dalam hempedu memang tak ada ubat, cara nak keluarkan cuma kena ‘operation’, tapi untuk kes saya nak ‘operate’ tak boleh sebab perut dah besar, takut ‘effect pada baby. Jadi saya perlu operation lepas bersalin.
Hahah bila dengar nak kena ‘operation’ kecut perut di buatnya. Bukan tak tahu betapa sakitnya kalau tubuh badan kita ni kalau di belah-belah. Cabut gigi pun sakit ye tak?
Lepas bersalin simptom saya di serang sakit hempedu pun berkurangan. Oleh sebab memang takut kena belah, jadi saya tak pergipun hukm untuk rawatan. Hinggalah seminggu lepas tiba-tiba setelah sekian lama tak diserang sakit hempedu.
Jam 2.30 pagi tersedar dari tidur rasa sakit sampai tak boleh bernafas. Terkejut en. asben bila saya jerit minta dia ambil panadol untuk tahan sakit.
Oh ya, anda diluar sana kalau kena serang tiba-tiba cepat-cepat makan panadol untuk tahan sakit. Kalau tak boleh pengsan nak tanggung sakit lama. Sebab masa saya di wad, Doktor bagi ubat tahan sakit je untuk rawat, sebab Doktor kata ubatnya memang kena buang batu karang tersebut kalau tak nak sakit.
Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus saya terfikir macam manalah nak buat. Nak ‘operate’ sampai sekarang takut. Fikir punya fikir saya teringat yang dua tahun lepas saya ada baca alternatif petua buang batu karang dalam hempedu cara tradisional.
Terus teringat yang Prof Dr. Hamid Arsyat ada posting petua yang sama di wall FB beliau. Jadi saya cari balik petua tu dan study dari testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya saya mesti buat petua tu kalau nak sihat. Dua tahun lepas nak buat ragu-ragu sebab tak ada testimonial, takut pula keracunan bila cuba petua tersebut tambah masa tu menyusukan Ali, takut pula terkesan pada Ali…hmm banyak benar Takut kan.
Dalam takut-takut, sebab dah sakit dalam bulan puasa ni saya redah juga buat petua tu demi nak hilang sakit, kalau sakit macam mana nak berblog? Walaupun sekarang saya menyusukan Arif saya tetap nekad nak buat bila fikir bahan-bahan yang nak gunakan pun bahan organik. Insha Allah selamat walaupun Arif menyusu. Dalam hati cuak juga.
Jadi seminggu lepas bermula lah misi en. asben kena membeli barang-barang keperluan nak buang batu karang dalam hempedu secara semula jadi ini.
Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers dah buat posting pasal petua ni. Kalau gugel mesti ada punya.
Proses mengambil masa 6 Hari, Keputusan hari ke Tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.
Bahan-bahan
Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari) ,
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom – 2 susu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas
Cara yang saya buat;
Jus epal hijau melembut kan batu karang |
Hari 1 hingga hari ke 6
- Minum jus epal minimum 4 gelas/5 biji epal/ minimum 1 liter sehari
- 1 gelas jus satu biji epal, sebab bulan puasa saya akan minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur, sebiji lagi makan begitu sahaja.
-Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa seeloknya jangan makan banyak.
Hari Ke 6
- Bulan puasa memang tak dapat lah nak puasa sebab siang kena makan seperti biasa pasal malam dah tak boleh makan.
Beli di Guardian – RM 5.70 * kedai ubat cina pun ada jual biasanya. |
1 sudu teh garam epsom untuk membuka saluran hempedu |
- 8 malam – Ulang minum air garam epsom
Beli di Giant- RM 40 ++ -1 liter, fungsi melincirkan pengeluaran batu karang dari hempedu ke usus besar |
Jus lemon *kulit sekadar hiasan |
- Tidur dan batu karang akan keluar keesokkan paginya melalui pembuangan air besar.
Proses pengeluaran batu karang seperti di bawah
Batu yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 50 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.
Keputusan: Petua ni memang menjadi, lebih dari 5o biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah. Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat lagi sekali dan berikutan 6 bulan selepas itu.
Walaupun anda sihat petua ni elok di amalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.
Selamat Mencuba!