Tuesday, April 27, 2010

Rehat Minda

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untukberkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata : “United Kingdom…”
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…”
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”.Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkanpercakapannya.”Birmingham…” kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat:”Parit…”.pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : “Cancer…”
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn!”

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Senarai makanan yang mengandungi unsur babi

Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kehalalannya diragui Babi
SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****>
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )>
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )>
3. Ajinomoto ( Thailand )>
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas>
5. Semua tauhu buatan Orang Cina>
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand>
7. Sabun FAB berbuku>
8. Lobak Jeruk>
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)>

10. Krim Muka Hazeline SnowSENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)>
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi>
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina>
3. Daging Burger Import>
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina>
5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’>
6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’>
7. Mee Kering ( sanggol )
15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam>
8. Semua sabun mandi yang diimport>
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL>
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam>
11. Have Pearl Cream>
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald>
13. Ubat Kurap buatan Org Cina>
14.. Beehon Segera Siam>
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )>
1. Bosset Wine Gum>
2. Dairy Milk Coklat>
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum>
4. Sugus Strawberry>
5. Passer Doily Mixture>
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint>
7. Scothes Vikmin>
8. Share Extra Atrenght>
9. Black Current Jelly>
10. Royal Gulaman & Decart Oranges>
11. Valvis Gelatin>
12. Sarung Kapsul Ubat>
13. Ais Krim dalam bekas plastik>
14. Gula-gula Fruities>
15 Cake Mets Vilber Punch>
16 Coklat Cake>
17 Tepung Kastard Lady’s Choice>
18 Semua jenis Jelly>
19 Semua jenis gincu bibir>
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo>
21 Lady’s Choice Jelly.Team Kuasa100>

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA>
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA>
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD>
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )>
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN>
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP>
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING>
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!Ref. Message: Pringles Potato ChipsLooks like you have to find another alternative to munch.Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.Dr Safurah Hj Jaafar ;Principal Assistant Director;Ministry of Health , Malaysia ;Tel: 03-2540088.TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forwardthis to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Dipetik darihttp://mejabulatku.blogspot.com/

Read more...

Sunday, April 18, 2010

Sambutan Maulidur Rasul di Kg Air Merah.







Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi’ dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Marilah kita bersama-sama memperingati diri kita akan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan kita jadikan perjuangan tersebut sebagai teladan dan panduan dalam menjalani hidup kita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)
Firman Allah Taala yang bermaksud : Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Ali Imran : ayat 31) . Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali ke alam kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”. Dalam satu hadis yang lain Rasulullah saw menyatakan: “ Barangsiapa yang kasih akan daku, maka ia akan bersamaku di syurga kelak ”

DOA Ya Allah, daku memohon kecintaan-Mu dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu dan amalan yang menyampaikan kecintaanku kepada-Mu. ”

HIKMAH MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Hikmah diadakan hari Sambutan Maulidur Rasul adalah berikut :
Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Peluang dakwah kepada masyarakat
Menyatupadukan umat Islam
Mewujudkan muhabbah dan mengeratkan silaturahim
Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi
Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w.
Menjinakkan generasi muda agar cenderung kepada agama Islam sebagai generasi pelapis.
Penyebaran ilmu dan syiar Islam
Memberikan informasi semasa

Read more...

Saturday, April 17, 2010

Catatan Hari jadi ku pada 17hb April

Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.
Teringat pula kata Imam Ghazali:“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”Ya, esok (17 April ) ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.
Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipunmasih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…“Marilah kita hidup…seperti orang yang menanti matikerana ingat mati itu…akan mengecilkan segala deritaakan mencairkan segala alpakiranya inilah detik terakhirmarilah kita mulakan semulawalau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…itu lebih bermakna!” Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah

Read more...

Thursday, April 8, 2010

Inovasi terbaru dari 9w2ggb



Di sini saya telah memasang dengan jayanya 1 set radio Yeasu FT8800 ke dalam sebuah kotak electik yang diperbuat dari besi . Kegunaannya agak luas memandangkan ianya mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana terutama semasa bencana alam. Harap Idea ini boleh dikongsi Bersama Rakan- Rakan.Bahan-bahan kegunaan : 1) Radio Yeasu FT8800


2) Kotak Elektrik ( Besi ) dibeli di kedai Elektrik, 3) Tranfomer ( boleh di buat sendiri atau pun yang beli, 4) Cable RG 58 1/4 Lamda, 5) MR-591CR Female Crimp Jet, 6)MR-587 Male Twist On Jet, 7) Fan elektronik 2", 8) Speaker 4", 9) Bateri 12V 7.2Amp.



Read more...

Cara cara berqso di Jaluran.



Di sini saya sediakan link Standard Operating Procedure (SOP) QSO kepada rakan-rakan yang baru hendak menceburi atau berminat dengan radio amatur. Ia digunakan sebagai garis panduan semasa kita berQSO di jaluran tidak kira sama ada di jaluran komersil mahupun amatur. Ia juga diterima pakai di peringkat antarabangsa.

klik sini untuk DOWNLOAD

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP